,,,...,,,

Friday, March 7, 2014

IRFAN KHAIRI







IRFAN KHAIRI

Irfan Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun

IRFAN KHAIRI SDN. BHD. ( iksb ) merupakan  sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berkonsepkan internet serta beberapa jenis perkhidmatan. Di antara perkhidmatan  yang disediakan oleh IKSB adalah penganjur acara dari seminar sehingga konsert, menyediakan khidmat penceramah , duta produk , konsultan, penajaan , e-buku , menghasilkan buku dan DVD motivasi, kewangan dan juga perniagaan. Selain itu, IKSB juga menawarkan perkhidmatan grafik dan multimedia dari membina laman web sehingga mencipta animasi dan video untuk persembahan atas talian.

SUMBER : http://www.myabadi.com/home/template-layout/ik

No comments:

Post a Comment