,,,...,,,

Tuesday, March 25, 2014

7 Ciri Cemerlang Orang Positif

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya. Ianya sangat menarik dan boleh menjadi panduan kepada bakal-bakal usahawan. Artikel ini di tulis oleh Taidin Suhaimin.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan

4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).

6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

Friday, March 7, 2014

DATUK DR. MAZNAH HAMID



DATUK DR. MAZNAH HAMID

Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi  pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.

Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).

Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi

Vice President  of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
Presiden Kehormat USAHAWATI
Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd


Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :



Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya


Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

sumber : http://securiforce.com.my/portal/index.php/company-background/datuk-dr-maznah-hamid

IRFAN KHAIRI







IRFAN KHAIRI

Irfan Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun

IRFAN KHAIRI SDN. BHD. ( iksb ) merupakan  sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berkonsepkan internet serta beberapa jenis perkhidmatan. Di antara perkhidmatan  yang disediakan oleh IKSB adalah penganjur acara dari seminar sehingga konsert, menyediakan khidmat penceramah , duta produk , konsultan, penajaan , e-buku , menghasilkan buku dan DVD motivasi, kewangan dan juga perniagaan. Selain itu, IKSB juga menawarkan perkhidmatan grafik dan multimedia dari membina laman web sehingga mencipta animasi dan video untuk persembahan atas talian.

SUMBER : http://www.myabadi.com/home/template-layout/ik

DATO' MAKHZANI BIN TUN MAHATHIR



Dato’ Mokhzani Mahathir, 

A Malaysian aged 52, was appointed to the Board of SapuraKencana Petroleum on 9 December 2011 as Non-Independent Non-Executive Director and Vice Chairman. He is also a member of SapuraKencana Petroleum’s Remuneration Committee.

Dato’ Mokhzani was appointed to the Board of Kencana Petroleum Berhad (“Kencana Petroleum”) on 25 November 2004 and was the Non-Independent Executive Director and Chief Executive Officer of Kencana Petroleum prior to the merger of businesses between SapuraCrest Petroleum Group and Kencana Petroleum Group.

He also served as the Chairman of the Options Committee and a member of the Remuneration Committee of Kencana Petroleum.He began his career in 1987 as a wellsite operations engineer with Sarawak Shell Berhad, working offshore Sarawak on tender assisted drilling rigs. He resigned in 1989 to pursue business opportunities in Kuala Lumpur. By investing in Tongkah Holdings Berhad (listed on the then Kuala Lumpur Stock Exchange), he ventured into the component manufacturing, oil and gas, finance and healthcare sectors. He held positions as the Group Chief Executive Officer of Pantai Holdings Berhad (healthcare) and Group Executive Chairman of Tongkah Holdings Berhad (oil and gas, finance). A divestment exercise in 2001 saw him relinquish all positions and equity in these companies. He established Kencana Capital Sdn Bhd (“Kencana Capital”) as an investment holding company later the same year.

Presently his portfolio of investments through Kencana Capital includes businesses in IT, oil and gas services, automotive trading and distribution, and property development. He is currently the Chairman of Sepang International Circuit Sdn Bhd, which hosts the FIA Formula One World Championship, the FIM Moto GP and is an accomplished GT car race driver. He also serves as Chairman and Non-Independent Non-Executive Director of Opcom Holdings Berhad and a Non-Executive Director of Maxis Berhad (“Maxis”), currently Malaysia’s largest mobile telecommunications company. He also sits on Maxis’ Audit Committee and chairs their Remuneration Committee.

He is a qualified Petroleum Engineer, having pursued his tertiary education at the University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. where he graduated with a Bachelor of Science in Petroleum Engineering.
SapuraKencana Petroleum Berhad (SapuraKencana) is one of the world's largest integrated oil and gas services and solutions provider. The Group's principal business include providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works.

With a workforce of over 10,000 people, the Group's global presence can be seen in over 20 countries ranging from Malaysia and China to Australia, Middle East, America, Brazil and beyond.

sumber : www.sapurakencana.com/page/bod_view/7/15

TAN SRI AZMAN HASHIM

                                                 
               

                                                      Tan Sri Azman Hashim


Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)

Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.

Latar Belakang
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.

Kerjaya dalam bidang perbankan
Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kepentingan dalam syarikat lain
Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan
Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
Pengiktirafan
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi.

Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.
Sumbangan
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

Sumber : Wikipedia & Google Book
http://kujm.blogspot.com/2008/08/tan-sri-azman-hashim.html