DATUK DR. MAZNAH HAMID
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30
tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di
Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai
lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan
van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah
direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak
menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’
sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high
- tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai
perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap
dan total, mempelopori konsep ‘total security’.
Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui
syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang
berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun
Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan
lot – lot kompleks perniagaan.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat
aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan
Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah
melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan
Timur Tengah. Securiforce Logistik
memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa
yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak
syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan
daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala
lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya
adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif,
bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh
prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka
akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini
telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya
membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan
serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat
didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan
keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk
memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau
menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering
mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau
yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain
menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan
dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan
insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang
mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan,
’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki
merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang
ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF
ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI
MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K –
Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K
yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta
prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu
kejayaan.
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari
Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association
of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International
Federation for Professional Speakers (IFFPS).
Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di
dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik
menjadi
Vice President of the
Women World Entrepreneur Association (FCEM)
Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara
Malaysia - (UUM)
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd.
(UPSB) - UUM
Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd
(UMHSB) – UUM
Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD)
Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan
Perdana Menteri
Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia
Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri
Kedah
Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian
Jerlun
Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK)
Parlimen Jerlun, Kedah
Presiden Kehormat USAHAWATI
Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers
(MAPS)
Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd
Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah
dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MECD)
Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah
Darul Aman
Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The
Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
Anugerah Ibu Usahawan 2008 –
AVON
Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs
Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam
bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State
University of New York
Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition
Award 2011
Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
sumber : http://securiforce.com.my/portal/index.php/company-background/datuk-dr-maznah-hamid
No comments:
Post a Comment