Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau
jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya. Ianya sangat menarik dan boleh menjadi panduan kepada bakal-bakal usahawan. Artikel ini di tulis oleh Taidin Suhaimin.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang
yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan,
semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari
kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin;
apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr.
Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi
banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust
pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah
habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan!
2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang
yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang
positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah
hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan
Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina
dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya
17 tahun.
Lepas
Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk;
banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai
juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya
menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah
nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat
sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi
digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika
Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan,
kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang
dagangan.
Onassis
yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain
yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha
Bersungguh-sungguh
Seseorang
yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai
matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai
dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk
mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara
ini:
Pertama: TETAPKAN
SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan
4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang
yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat
kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu
untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon
yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh
rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon
ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak
begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana
itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada
rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada
mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya,
beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya
serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi
panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang
Lain
Orang-orang
yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus
mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan
memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang
mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang
lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden
Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia
telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan
memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada
Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah
Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan
merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan
Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya,
pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar
pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada
rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam
keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya
sendiri!!!
Inilah
yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita.
Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga
dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan
rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat
diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi
sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak
balas! Rakyat adalah pelanggan
yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh
pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan
Memperbaiki Diri
Orang
yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini
mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana
itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki
kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker,
seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus
yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan
apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila
Terjatuh
Orang
yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang
yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka
memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh
kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan
terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih
besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali
berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai
makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment